Dalam mesyuarat guru-guru tahun ini, salah satu perkara yang kami
guru-guru bangkitkan kepada pengetua adalah perilaku pelajar yang
tidak konsisten belajar, suka pada saat-saat akhir. Akibatnya
pelajar yang agak pandai pun tidak perform sewajarnya.”Baiklah dalam
perhimpunan minggu depan,saya akan mencabar mereka, mudah-mudahan
mereka berubah.”
Pagi perhimpunan Isnin itu, apabila sampai aturcara ucapan pengetua,
datang seorang pustakawan membawa satu bakul nasi lemak bungkus dan
meletakannya dihadapan pengetua ”Hari ini saya tidak mahu bercakap
banyak.”
“Saya hanya menawarkan hadiah RM 1.000.00 bagi mana-mana pelajar
yang sanggup menghabiskan 60 bungkus nasi lemak dalam satu hari”
Semua pelajar berpandang-pandangan sesama sendiri dan terdengar juga
sungutan ”Mana daya”.
“Ya,begitulah ibaratnya jika kamu terpaksa menelaah pada saat-saat
akhir. Tidak habis menelaah sukatan dua tahun dalam masa dua bulan!!”.
Tetapi……… berusahalah dari awal agar kejayaan menjadi milik kamu dan
sekolah.