| |
|
RAHSIA
DISEBALIK SOLAT |
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasulullah S.A.W duduk
bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba
datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :' Ya
Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan
kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya"
Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu
yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda Rasulullah S.A.W. :"Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,
maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhan-Nya, Sembahyang Asar
itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang
Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka
setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia
berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengabulkan
permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para
Rasul-Rasul sebelum ku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit
matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara
dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah S.A.W.
maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati
oleh orang yang sembahyang'
Rasulullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu
nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang
pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam
pada hari Kiamat'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah
saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang
mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi
yang baru lahir.,
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.,
sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S.
diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib
kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isyak' (atamah). Katakan kubur
itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka
seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi
menunaikan sembahyang Isyak' berjemaah, Allah S.W.T. haramkan dari
terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi
titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang
mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara
berjemaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.
maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu
wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua
kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umat mu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang
dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.
selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan
Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu
malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang
diperolehi dari puasa itu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh
Allah S.W.T. 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging
yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringani baginya seksa kubur ( seksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk
menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya
untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya
(untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini
kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau
utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan
berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah :155)
|
|
 |
|
|
 |
|
Copyright © 2003-2008
Majalah Syu'latul Kifah -
Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. |
Edisi 5
Tahun 2007 |
|
 |
|
|