PIBG SESI 2006

CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2006/2008


Yang Dipertua:
Tn Hj. Esa b. Abd. Rahman
|
Naib Yang Dipertua:

En. Muhamad Abdul Samat b. Hashim
|
Setiausaha Kehormat:
En. Mohd. Faizal b. Paren
|
Naib Setiausaha Kehormat:
Pn. Nur Aflaha bt. Mohd. Tamrinan
|
Bendahari:
Pn. Zaihara bt. Salamal
|
Ahli Jawatankuasa:
Tn. Hj Mustaffa b. Muslimin -
En. Ismail b. Roslan
En. Azizan b. Abd. Hamid
En. Ahmad Sukaimie b. Hj. Pardi
En. Mohd. Hisham b. Jabid
En. Nordin b. Mahmud
Pn. Siti Khadijah bt. Abd. Rahman
En. Mohd Ariffuddin b. Ya’akop
Tn. Hj. Khairul Anuar b. Khair
En. Zulkifli b. Jailani
|
Pemeriksa Kira-kira:
Pn. Norhidayat bt. Amir / En. Nor Azmi b. Sabikin
|
Pemegang Amanah:
Tn. Hj. Harus b. Rais / Tn. Hj. Saim b. Sahri
Tn. Hj. Khalid b. Mario / Tn. Hj. Masran b. Roslan


SUMBANGAN

Dalam usaha mencapai visi, misi dan matlamat PIBG, program dan sumbangan dalam pelbagai bentuk telah dihulurkan kepada pihak sekolah. Sumbangan-sumbangan tersebut adalah berbentuk kemudahan fizikal, peralatan, keceriaan dan aktiviti.

A.Fizikal
1.Garaj Kenderaan

Garaj untuk kenderaan pengetua, van sekolah, motosikal guru & pelajar bernilai RM 4000.00

2. Gelanggang Serba guna (Al-Jabar)

Gelanggang serba guna untuk permainan bola tampar, bola jaring, futsal, & badminton bernilai RM 20,000.00

B. Peralatan & Kemudahan Lain

1. Van Sekolah

Sebagai tanda keprihatinan terhadap keperluan pengangkutan pelajar, Tn. Hj. Ahmad Syukri b. Hj. Abdullah sebagai seorang ahli PIBG telah mewakafkan sebuah van untuk kegunaan sekolah

2. Komputer

Sebagai usaha mengembangkan budaya IT dalam kalangan pelajar PIBG turut menyumbangkan 3 buah komputer yang diletakkan di perpustakaan untuk kegunaan pelajar

3. Water Cooler

Sebagai usaha memenuhi keselesaan pelajar asrama PIBG telah memperuntukkan RM 2100.00 untuk kemudahan water cooler

4. Kompang

PIBG turut menyumbangkan peralatan untuk kegunaan Kelab Kompang sebanyak RM 550.00

C. Keceriaan

Pondok bacaan di aspuri juga disumbangkan PIBG bagi memudahkan pelajar menelaah pelajaran.

D. Aktiviti dan Sumbangan Lain

Selain sumbangan yang dinyatakan di atas PIBG turut menyumbang kepada pihak sekolah dalam bentuk kewangan dan aktiviti, antarnya ialah seperti berikut;

Bil.

Aktiviti / Sumbangan

Catatan

1.

Sumbangan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Setiap tahun

2.

Memberi elaun kepada guru-guru yang memberi tuisyen

Ikut Keperluan

3.

Menyumbang Kain Rentang Hari Pendaftaran Pelajar Baru

Terlaksana

4.

Sumbangan Tahunan Hari Guru bermula 2005

RM 500.00 setahun

5.

Memohon telefon tambahan untuk kegunaan pelajar asrama

Terlaksana

6.

Memohon membaik pulih sistem saliran di bawah tangki air

Terlaksana

7.

Pemberian Elaun Warden Asrama Putera & Puteri bermula pertengahan 2005 hingga Akhir 2006.

RM 2240.00

8.

Menganjurkan Ceramah Keibubapaan

Setiap tahun

9.

Memberi sumbangan untuk keceriaan asrama sempena PROMAS

Terlaksana

10.

Motivasi Pelajar

Program tahunan

11.

Membiayai kos pengangkutan motivasi pelajar 2007

RM 220.00

12.

Perkhemahan perdana unit beruniform 2006 & 2007

RM 3000.00

13.

Majlis maulidur rasul

Program Tahunan

14.

Kursus Kepimpinan pengawas 2006 & 2007

RM 2000.00

15.

Sumbangan tahunan majlis kokurikulum

RM 500.00 setahun

16.

Pembelian khemah unit kokurikulum

RM 1000.00

17.

Sambutan Kemerdekaan 2007

RM 500.00

18.

Program restu ilmu 2007

Terlaksana

19.

Membiayai guru ganti Matematik dan Sains 

RM 1000.00

20.

Taklimat SABK di Putrajaya

-

21.

Pengangkutan Teknik Menjawab B. Melayu di Kompleks Islam

RM 600.00

E. Anugerah

Walaupun penubuhan PIBG SMAPR masih terlalu baru dengan segala pencapaian dan sumbangan yang boleh dikira dengan jari, alhamdulillah perkembangan persatuan ini telah menarik perhatian masyarakat. Panel penilai telah menganugerahkan persatuan ini ANUGERAH PIBG CEMERLANG 2005 dan 2008 peringkat sekolah-sekolah menengah agama daerah Batu Pahat dan negeri Johor.

F. Penutup

PIBG SMAPR amat bersyukur terhadap pencalonan dan usaha pihak-pihak tertentu untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan yang laksanakan oleh persatuan ini. Walaupun itu bukanlah matlamat asal penubuhan persatuan ini, namun pihak PIBG SMAPR faham bahawa penilaian tersebut merupakan kayu ukur atau standard yang sebolehnya diikuti untuk menjadi sebuah persatuan yang berkesan dan cemerlang. Setinggi-tinggi kesyukuran sekali lagi dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana PIBG SMAPR berpeluang untuk berbakti dan menyumbang sesuatu kepada bakal-bakal pemimpin dan pewaris negara dan bangsa, insya-Allah. “PIBG Pemangkin Generasi” .


 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007