Belum pun selesai isu rumah sembelih di Pusat Perindustrian Serdang
yang menyimpan dan mencampuradukkan daging babi dan ayam, itik di
dalam plastik berlabel halal JAKIM, tiba-tiba hari ini BERITA HARIAN
melaporkan terdapat pengusaha Kuih Bulan atau Mooncake pula yang
menggunakan minyak babi walaupun mengeluarkan produk kuih bulan
halal.

KUIH BULAN: HALAL TAPI HARAM???
Dalam pada itu JAKIM sibuk mempertahankan prosedur mengeluarkan
tanda HALAL JAKIM, tanpa menghiraukan tanda halal yang
sewenang-wenangnya dipapar dan dikeluarkan oleh pengusaha bukan
Islam semata-mata mahu menarik perhatian pembeli Islam. Siapakah
yang bertanggungjawab mengawal samada tanda halal tak kiralah
dikeluarkan oleh siapa sekalipun itu benar-benar halal ataupun tidak?
Jika JAKIM cuma berkuasa mengawal tanda HALAL JAKIM bermakna tanda
halal lain yang boleh dilihat bersepah disekitar KL termasuk pada
restoran-restoran dan produk-produk makanan malangnya tiadalah
pengawal. Ikut berani masing-masing kalau yakin makan kalau tidak
tak payah begitukah agaknya?
Umat Islam buta-buta ditipu oleh pengusaha bukan Islam yang
memandang remeh isu ini lantaran tiada pihak yang benar-benar
bertanggungjawab melakukuan penguatkuasaan. Kalau papar logo HALAL
JAKIM sekadar didenda itu sahaja. Yang dah termakan makanan tersebut
termasuklah yang dikeluarkan dari Serdang tadi apa nak jadi?
Lesu dan bacul sungguh umat Islam dalam isu yang melibatkan isu
maruah yang sungguh besar dan memudaratkan pula jiwa dan
darah-daging kita ini! Kalau sekadar didenda sahaja, memang bangsat
sungguh maruah umat Islam di negara ini. Pengusaha bukan Islam itu
pasti ketawa besar, bayar saman dan teruskan kerjanya. Kenapa begini
jadinya nasib kita dalam mempertahankan maruah dan hak kita sebagai
umat Islam dalam negara yang kononnya diisytiharkan sebagai negara
Islam ini?
Saya ucap tahniah kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di bawah
Dr Maamor Osman yang bertindak pantas dan berani mendedahkan isu ini
ke pengetahuan masyarakat. Pihak lain perlu turut bersama mengecam
dan mendesak agar tindakan yang lebih tegas dan sepadan diambil
khusus dalam mempertahankan maruah kita. Kalau perkara sebesar ini
pun kita duduk berpeluk tubuh membisu, jangan marahlah nanti apabila
kepala kita dilangkah dan dipijak-pijak serta peraturan agama kita
menjadi bahan persendaan, jangan menyanyi lagu bertoleransi apabila
orang kencing di atas kepala kita!
Nukilan:
-Jijah-
|