1.1 Bentuk Am
Keseluruhan bentuk menggambarkan 'jubah'. Ia sesungguhnya
melambangkan bahawa pelajar-pelajar Sek. Men. Agama Parit Raja
adalah calon-calon ,mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, awam atau
swasta dalam atau luar negara.
1.2 Bulan Sabit / Bintang Lima
Dengan kedudukannya di Puncak lencana dan bentuk serta warna begitu
rupa ia melambangkan bahawa Agama Islam adalah teras pendidikan di
Sek. Men. Agama Parit Raja di samping pengetahuan yang pelbagai.
Keunggulan Islam, sebagai cara hidup dan anutan tiada pilihan,
menjadi matlamat utama Sek. Men. Agama Parit Raja.
2. Warna
2.1 Biru (Latar belakang)
Warna rasmi Negeri Johor kerana sesungguhnya Sek. Men. Agama Parit
Raja adalah di tadbir dan dilindungi oleh Majlis Agama Islam Negeri
Johor dan Jabatan Agama Johor yang sekaligus di bawah naungan
Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim.
2.2 Jalur Merah Putih
Melambangkan bahawa Sek. Men. Agama Parit Raja juga menghayati
kehendak dan inspirasi , khususnya Falsafah Pendidikan Negara.
2.3 Warna Kuning
Melambangkan warna 'diraja' sempena dengan ' Parit Raja' di mana
tegak berdirinya sekolah ini terletak.
3. Moto Sekolah
" Pendidikan Membentuk Peribadi"
Pendidikan dalam apa pun bidang dan jurusan dituntut dan diperolehi
dari Sek. Men. Agama Parit Raja, adalah bagi mendapatkan
kecemerlangan di dalam aspek berkenaan, sebagai matlamat jangka
pendek. Matlamat utama, biar bagaimanapun, tanpa mengirakeputusan
yang dicapai di dalam mengejar ilmu pengetahuan adalah untuk
membentuk peribadi dan sahsiah mulia bagi setiap individu terlibat.
Kami Yakin Dengan Falsafah Ini !