KATA ALUAN KETUA PELAJAR
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, siap sudah kini Majalah Syu’latul Kifah yang dinantikan oleh semua pelajar dan guru. Saya juga turut tumpang gembira dengan kejayaan menyiapkan majalah sekolah ini..Terima kasih tidak terhingga kepada semua Ahli Sidang Redaksi Syu’latul Kifah kerana dapat menyediakan dengan baik dan efisien.

Dengan adanya Majalah Syu’latul Kifah,para pelajar dan guru akan dapat mengimbau kenangan-kenangan yang berlaku ketika di sekolah. Pada pandangan saya,Majalah Syu’latul Kifah pada kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya lihat. Isi kandungannya juga begitu menarik dan berwarna-warni.

Di dalam menempuhi alam persekolahan,kita kena akur dan perlu mempunyai sifat tabah dalam menempuhi pelbagai dugaan dan halangan. Contohnya yang berlaku kepada para pelajar,saya dapat perhatikan bahawa pelajar senior perlu menjadi contoh dan idola kepada para pelajar junior. Perkara ini juga akan berlaku secara berterusan daripada generasi ke generasi. Jadi,para pelajar perlu mempunyai akhlak yang baik untuk menjadi contoh kepada para pelajar yang lain bertepatan dengan moto sekolah iaitu “Tarbiah Membentuk Sahsiah”.

Akhir kata daripada saya,saya mewakili PENGAWAS 2008 & SEMUA PELAJAR ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Sidang Redaksi Syu’latul Kifah. Saya juga berharap agar majalah ini akan terus dilaksanakan. Dan kepada para pelajar,saya ingin mengambil kesempatan ini agar kamu semua menjadi pelajar yang cemerlang, berjaya di dunia dan di akhirat. Sumbanglah jasa mu kepada sekolah agar sekolah menjadi sekolah yang cemerlang,gemilang dan terbilang. INGATLAH ALLAH…


Ucapan tulus ikhlas dari saya,

AKIL MUSYADAD BIN HILMAN
(Ketua Pelajar Sek. Men. Agama Parit Raja)
 

 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007