KATA-KATA ALUAN KETUA EDITOR

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia Nya dapat saya menyempurnakan Majalah Syu`latul Kifah edisi ke-5 ini. Dengan ini bermakna majalah ini telah berjaya membuktikan bahawa semangat,
kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu dalam usaha pendokumentasian peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2007.

Penubuhan Sidang Redaksi Syu`latul Kifah bermula pada tahun 2003.Dan usaha tersebut diteruskan hingga kini. Majalah Syu`latul Kifah ini diwujudkan khusus untuk para pelajar dan guru mengimbau dan mengenang kembali kenangan manis ketika di Sek. Men. Agama Parit Raja.

Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru penasihat penerbitan majalah sekolah En. Mohd Faizal Bin Paren. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada ahli Sidang Redaksi Syu`latul Kifah,yang membantu meringankan kerja-kerja pembikinan majalah Syu`latul Kifah edisi ke-5.Selain itu,terima kasih juga kepada seluruh warga SMAPR yang memberi kerjasama dan dorongan secara langsung atau tidak langsung.

Secara realitinya,negara kita kini pesat membangun dan selari dengan saranan Perdana Menteri kita menjadikan rakyat dan negara cemerlang, gemilang dan terbilang.Oleh itu,kita harus berubah menjadi lebih maju kerana kegemilangan masa depan bermula dengan keputusan yang dibuat pada hari ini. Seperti kalam Allah Taala;



Bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah dengan sendirinya.

Akhir kalam,saya berharap agar penerbitan majalah ini akan memberi satu impak kepada satu usaha yang murni dalam memberi warga SMAPR warga yang dihormati dalam segala aspek kehidupan di dunia dan di akhirat. Semoga majalah ini akan menjadi wadah ilmu dan titian penghubung kepada generasi yang akan datang.

Salam Bahagia,

AHMAD FATHI ADIL BIN MUHAMAD SUKRI
(Ketua Editor Syu’latul Kifah)
 

 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007