KAWAN
Rakan,
Dulu kata bermusuhan,
sekarang kita adalah rakan
dulu kita saling membenci
sekarang………sebaliknya

Kawan,
sebelum berkawan,kita adalah rakan
sebelum menjadi rakan kita adalah musuh
sebelum bersatu,kita saling mengata
selepas bersatu,kita selalu bersama

Sahabat,
kita bersahabat tanpa mengira hara
kita bersahabat,banyak suka duka
kita bersahabat selepas lama berkawan
kita bersahabat kerana hati yang ikhlas

Teman,
selepas puas bermusuh,kita menjadi rakan
kemudian kawan dan seterusnya sahabat
teman itu lebih dari segalanya
suka dan duka
kita tetap bersama

Rakan,kawan,sahabat dan teman,
harapan ku,biarlah kita kekal menjadi teman
selamanya………

Rakan,kawan,sahabat dan teman,
Semoga apa yang kita lalui bersama
Dapat dijadikan memori
Dalam kamus hidup kita
Bersama……….

Nukilan:
-YOU-YOU-
 

 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007