BAGAIMANA
Bagaimana cikgu boleh membantu?
Kalau ditanya kaku membisu..
Bagaimana hajat boleh tercapai?
Kalau asyik kata tak pandai..
Bagaimana cita-cita boleh berjaya?
Kalau kerja sambil lewa..
Bagaimana kerja boleh gagal?
Sekejap buat sekejap tinggal..
Bagaimana nak dapat first class?
Selalu ponteng keluar kelas..
Bagaimana guru tak bengis?
Kalau diberi kerja tak pernah habis..
Bagaimana nak jadi pemimpin?
Kalau selalu ditangkap guru disiplin..
Bagaimana semua ini boleh terjawab?
Bertanggungjawab..
Ikhlas:
fadilah_hanis91
Copyright © 2003-2008
Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Edisi 5 Tahun 2007