Dalam masa aku mencari erti semua ini
sebenarnya aku tidak menyedari bahawaku sering mencabar orang.
Oleh itu memang patutlah aku rasa tercabar dengan seseorang…
Aku juga sering mempergunakan orang untuk kepentingan dan bahan
ketawa aku sendiri.
Tapi aku tak pernah sedar bahawa aku juga telah dipergunakan oleh
orang yang amat aku percayai….
Aku juga sering mengejar sesuatu yang belum tentu lagi aku perolehi.
Tapi aku masih tak sedar bahawa dalam masa aku terkejar-kejarkan
sesuatu, masih ada yang mengejar aku….
Untuk menyedarkan aku tentang kesilapan yang lalu, tanpa aku sedari…
Aku memang tak sedar dengan sesuatu yang terjadi kerana aku hanya
menilai dengan pandangan mata kasar sahaja…
Aku sering menyisihkan semua benda yang ada di hadapan mata..
Padahal ianya ada di hadapanku, setia bersamaku mengharapkan satu
pembalasan.
Tidak kira waktu dan ketika
Walau di mana pun aku berada
Aku sentiasa mengharapkan satu peluang yang kuanggap emas,
dalam kehidupanku sendiri
Itulah kelemahan aku sebenarnya….